Thursday, 13 August 2009

Kenapa Jadi Begitu??

Seusai saya membaca entry terbaru blog kepunyaan adik perempuan saya, saya berasa sedikit teruja untuk mengulas lebih lanjut berkenaan perihal yang sama..sebelum ini.. pernah timbul idea di benak fikiran saya untuk meluahkan hal yang sama..tetapi adik saya lebih pantas..mungkin saya kekeringan idea untuk menulis..serta kurang mahir untuk mengolah ayat yang lebih baik..saya terima kelemahan diri saya..

Tatkala saya mula berjinak-jinak dengan dunia friendster, saya cuba menjejaki sahabat-sahabat lama saya especially ex-Abim, ex-Maahadians (MMP) and ex-KMNS (Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan) yang telah lama saya tinggalkan..ada yang lost contact sampai sekarang tidak ketemu..saya rindukan sahabat-sahabat lama saya dan sekurang-kurangnya dapat menyambung kembali persahabatan yang telah lama terkubur..

Hati saya melonjak kegembiraan bertemu sahabat-sahabat lama walaupun di alam maya..akan tetapi terpalit sedikit rasa kecewa dan sedih di hati saya melihat perubahan sahabat-sahabat sekalian..saya terpana, terkedu, tergamam dan seolah-olah tidak percaya apabila melihat benang-benang pakaian yang tersalut di tubuh sahabat-sahabat saya..

sungguh ketara perubahan sabahat-sahabat..mana hilangnya maruah dan harga diri sahabat-sahabat selaku seorang yang pernah belajar agama??..kalaupun tidak malu pada diri sendiri pun malulah pada tempat yang pernah kita jejak, yang pernah kita kutip mutiara berharga dan ilmu-ilmu yang berguna..sahabat-sahabat tidak berasa malukah digelar bekas pelajar maahad??..

Mana perginya tudung labuh yang selama ini diagung-agungkan dan ditatang bagai minyak yang penuh..yang telah tersalut di tubuh mereka selama 6 tahun lamanya??..mana hilangnya pakaian sopan santun yang pernah kalian tontonkan??..tidakkah timbul satu perasan kesal dan rugi apabila meninggalkan sesuatu yang sudah sempurna kepada yang kurang sempurna pemakaiannya??.

Bahkan saya memuji sesetengah sahabat-sahabat yang istiqomah dan istimror dalam berpakaian..kalaupon ada hanya segelintir sahaja..sedih bukan??..dan saya bukanlah seorang yang sempurna untuk memperkatakan hal ini tapi saya seolah-olah terpanggil untuk membincangkan hal ini dengan lebih serius..untuk peringatan sahabat-sahabat dan diri saya khususnya..kerana hidup kita ini seringkali terbabas dan tersasar..hanya dengan peringatan dan teguran dapat mengubatinya..

Firman Allah s.w.t mafhumnya :

“Sungguh, (ayat-ayat) ini adalah peringatan, maka barang siapa menghendaki kebaikan bagi dirinya, tentu dia mengambil jalan menuju Tuhannya” (Surah al-Insan : ayat 29)


Kadang-kadang saya hairan memikirkan sahabat-sahabat yang suatu ketika dahulu memang cukup saya hormat dengan peribadi yang lemah lembut dan kesantunan dalam berpakaian boleh berubah jauh begitu sekali..kenapa jadi begitu yer??..pakaian mereka xusah cakaplah..konpem lebih sempurna dari saya yang jahil nih..kemungkinan berubah kerana persekitaran yang merubahnya??..boleh dikatakan ‘culture shock’..ataupun dengan dunia fesyen yang memang ter ‘up to date’ telah merubah mereka??..or and or and bermacam-macam reasons lagi dalam kepala saya nih..boleh dikatakan masalah ummah jugak nih..adeh..

Paparan saya ini hanya berkisarkan sahabat-sahabat di tanah air sendiri..negara Malaysia yang ku cintai..yang mengaku Islam adalah agama rasminya..belum lagi sahabat-sahabat yang berada di oversea..yang mana rata-rata sahabat-sahabat saya ramai yang berada di luar negara..kalau dah over da bridge pon begini begini..yang over the sea tuh idak tahulah hamba..sendiri punya tengoklah..yang ok tuh ok lah..yang xok nya di tahap yang berbahaya tuh idaklah teman tahu..moga-moga memberi kita kesedaran..fikir-fikirkanlah wahai sahabat..

Pohon ampun sekiranya bahasa saya terlalu kasar dan tidak sedap didengar..sahabat-sahabat bukanlah orang yang tidak tahu bahkan mengetahui hukum hakam ini dengan jelasnya..bagi mereka yang sememangnya tidak tahu boleh berlembut, berbahasa dan berlenggok..tapi saya percaya..sahabat mungkin mungkin ma’ruf dengan jelas berkaitan dengan hukum hakam dalam pemakaian kan?..kita sekarang bukan lagi seperti manusia yang tinggal di dalam hutan..yang jahil dengan hukum-hakam..jadi jangan buat-buat tidak tahu!!..ilmu yang telah dipelajari amalkan sebaik mungkin..janganlah ilmu itu terabai dan dilupakan..


~ ilmu yang tiada amalan umpama pohon yang tiada buahnya~


Sahabat-sahabat..jadilah seperti ikan-ikan di lautan masin yang tetap tega..tidak pernah berubah dek kemasinan airnya..walau sehebat mana sekalipun cabaran persekitaran menghambat kita..jadilah kita seperti kita yang dahulu..yang tetap dengan pendirian..yang tidak mudah tergoda dan tidak goyah..ingatlah wahai sahabat-sahabat..doaku sentiasa buat sahabat-sahabat tersayang…

p/s : diriku ini bukanlah siapa..hanya sekadar memberi kesedaran bagi mereka yang lupa..


Wednesday, 12 August 2009

Isma’ Qissati

Kisah I: Kisah Berhutang 5 Sen

Ustaz Halim (bukan nama sebenar), telah diganggu dengan suatu mimpi yang dia sendiri tidak memahaminya. Berbulan bulan dia tidak lelap tidur kerana mimpi tersebut. Dia bermimpi datang seorang lelaki yang dalam keadaan yang amat terseksa dan melambai-lambaikan tangan kepadanya dengan berkata " tolong bebas kan aku". Setelah bersolat hajat, bertanya dengan orang-orang 'alim akhirnya dia telah bertanya dengan ibunya dimanakah kubur bapanya.

Ibunya bercerita, ketika berlaku serangan Jepun di Tanah Melayu, dia telah terpisah dengan suaminya. Hampir 40 tahun berlalu dia tidak pernah dengar langsung khabar berita. Maklumat yang diketahui ayahnya telah terbunuh ketika perang Jepun dahulu. Setelah berlalu beberapa bulan, Ustaz Halim tidak jemu-jemu bermunajat dan berdoa agar Allah memberikan petunjuk supaya dia dapat menyelesaikan mimpinya.

Mengikut orang-orang 'alim, orang yang memanggilnya didalam mimpi tersebut ialah roh ayahnya. Ustaz Halim sentiasa berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa ayahnya dan melepaskan siksaan yang diderita oleh ayahnya. Namun setelah dua tahun berlalu dia masih diganggu oleh mimpi tersebut lagi.

Masa berlalu, akhirnya dia dapat maklumat bahawa sebenarnya ayahnya baharu meninggal lebih kurang dua tahun yang lalu. Maklumat yang diterima, ayahnya adalah seorang yang berjaya dalam perniagaan dan telah banyak melakukan amal kebajikan untuk kabaikan Islam. Setelah terpisah ketika perang Jepun, aruah ayahnya telah berikthiar mencari isterinya namun tidak berjumpa. Ayahnya mendapat tahu isterinya telah meninggal dunia kemudian telah mendirikan rumahtangga dengan isteri kedua dan dikurniakan dengan lima orang anak perempuan.

Ustaz Halim telah pergi ke rumah ibu tirinya untuk mengetahui jika ayahnya dahulu ada meninggalkan apa-apa hutang yang belum selesai. Ibu tirinya dan adik-adik tirinya tidak memberikan kerjasama yang baik setelah mengetahui bahawa Ustaz Halim adalah juga waris kepada simati. Dia takut Ustaz Halim akan menuntut haknya daripada harta simati. Bagimanapun daripada peguam keluarga ayahnya memberitahu bahawa semua hutang simati telah dijelaskan dan tidak ada satu pun yang tinggal.

Ustaz Halim terus menyiasat, kepada semua kenalan aruah bapanya dan memohon semua kenalan bapanya jika ada salah dan silap ketika dia hidup harap diampunkan. Masa berlalu, mimpi masih terus menganggu.

Suatu hari Ustaz Halim pergi semula kerumah ibu tirinya, menceritakan kepada ibu tirinya tentang mimpi yang dialaminya. Mimpi tersebut bermula setelah kematian ayahnya. Ibu tirinya merasakan tidak mungkin sebab aruah ayanya adalah seorang yang taat beribadah dan rajin bersedekah. Suka menolong orang susah. Tidak pernah lambat menjelaskan zakat perniagaannya. Bagaimana dia boleh terseksa. Ibu tirinya berpendapat itu mungkin bukan aruah suaminya. Mungkin orang lain.

Setelah panjang lebar berbincang dengan ibu tirinya, dia pun mengambil keputusan untuk balik. Ketika keluar daripada rumah tersebut, dia bertemu dengan seorang lelaki. Lelaki tua tersebut bertanya ini kah rumah Datuk Azlan bin Affendi (bukan nama sebenar). Ustaz Halim menjawab betul. Dia ada dirumahkah? Tanya lelaki tua tersebut.

Kemudian tanpa banyak soal, ustaz Halim membawa orang tua tersebut ke kubur aruah ayahnya. Di dalam perjalanan, Ustaz Halim menceritakan segala-galanya dan orang tua tersebut menceritakan pula dia adalah sahabat karib kepada kawannya Azlan. Beberapa minggu yang lepas dia terbaca satu buku dan dibelakang buku tersebut ada biodata kawannya itu. Lalu dia terus datang ke KL untuk berjumpa dengannya.

Sebelum sampai ke kubur, mereka singgah sebentar minum di warung kopi. Ustaz Halim bertanya dengan orang tua tersebut. Pernahkan pakcik berselisih paham dengan ayah saya? Jawap orang tua tersebut, tidak pernah dan kalau adapun dia telah mengampunkan segala dosanya. Ustaz Halim terus bertanya berkenaan dengan hutang. Orang tua itu kata tidak pernah Azlan berhutang dengannya.

Mereka terus ke kubur dan berdoa. Selesai berdoa orang tua terebut teringat peristiwa sebelum mereka berpisah ketika perang Jepun. Ketika itu kami sedang minum kopi di warung. Azlan telah tergesa-gesa pulang dan meminta dia membayarkan duit minum kopi yang berharga 5 sen dahulu. Dia berjanji akan membayar balik. Kemudian Jepun menyerang kampung kami dan kami terus berpisah. Orang tua tersebut terus berdao Ya Allah aku halalkan hutang lima sen yang kawan ku Azlan berhutang kepada ku.

Setelah hari itu, Ustaz Halim tidak lagi diganggu dengan mimpi tersebut lagi. Ini adalah kisah benar (Nama sebenar dirahsiakan oleh penulis).


Moral cerita:-

Renungilah hadith nabi berikut:

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:

"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu"

Dari kisah ini, Datuk Azlan masih beruntung kerana dia mendapat anak yang soleh (Ustaz Halim). Dan dengan berkat anak yang soleh ini dia dapat mengadu kepada anaknya didalam mimpi kemudian terbebas ia dari hutang yang sangat kecil iaitu 5 sen dan telah dapat terbebas dari seksaan yang dahshat iaitu Roh teawang-awang diantara langit dan bumi.

Oleh itu, walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita, jika ada hutang yang tidak selesai walaupun satu sen pasti roh kita akan terseksa setelah kita mati. Sekiranya berhutang, hendaklah ditulis dan beritahu kepada waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat menyelesaikannya.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:

"Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke ssuatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana Allah telah ajarkan. Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna."

Emm..pada sape-sape yang rasa diri berhutang tue..reti-reti la bayar yer..xkan buat-buat lupa kot..hutang orang buat-buat xingat yer..hutang sendiri berkira..huhuhu..

moga-moga diri ini bersih dari segala hutang-piutang..sape yang rasa saya ada berhutang tue..kabor-kaborkan lah..saling mengingati dan tegur menegur..mungkin terlupa ke ape ke..

moga-moga kita diampuni oleh Allah s.w.t..

p/s : ada jugak yer manusia yang payah nak bayar hutang..bukan xingat..main-main ngan hutang yer..buat sambil lewa je yer..


Monday, 10 August 2009

Mansoura oh Mansoura

Suatu ketika dulu..saya menjadi penjelajah yang setia selepas suami saya pulang ke Qaherah..terpaksa saya berhijrah dari satu rumah ke satu rumah sahabat-sahabat saya kerana keseorangan di rumah..

takut jugak wei..itu dulu..sekarang saya kembali keseorangan di Qaherah..sering ditinggalkan suami saya..sibuk betul…aduhaii..

Sekejap tadi..saya menghubungi sahabat-sahabat yang berada di Mansoura..rindu jugak kat diorang..bersungguh meminta saya pulang ke Mansoura..sempat lagi diperlinya..xingat Mansoura dah ke?..bukan xingat..tapi masih xberpeluang untuk ke sana..

Insya Allah kalau natijah keluar dalam masa terdekat ni..akan ku terbang ke Mansoura..

Sekarang nih lagi-lagi bosan..sejak 2 ketul a.k.a adik-adik saya balik bercuti..terasa jugak kesunyian..

kalau ada seketul tuh..leh jugak gaduh-gaduh..hilangla sket jemu tuh..nih nak gadoh ngan sapa..gadoh ngan dinding,pinggan mangkuk dan kain-kain je ler..ehehe..

p/s : melalui kehidupan di bumi Qaherah..


Keliru

Natijah imtihan yang masih belum menjelma hingga saat ini menyebabkan saya bertambah keliru untuk membuat keputusan samada untuk pulang ke Malaysia atau tidak..

kalau ditakdirkan najah tahun ini..mungkin saya akan pulang tambahan pula umi saya bertalu-talu meminta saya untuk pulang..balik kerja katanya..
everyday asking 4 my result..aduhh..ponin eden..hanya jawapan ringkas yang mampu saya balas..tengok result dulu la ummi..

Tapi..saya masih ada tanggungjawab seorang isteri untuk suami saya..tahun ini suami saya masih tidak diberi rezeki untuk berada di tahun 4..

haruskah saya terus menunggu (a.k.a tabi’) ataupun pulang??..

jawapan yang masih tidak pasti terus berlegar-legar di kepala saya..

macam-macam planning dah ada dalam kepala nih..plan A, plan B dan banyak lagi..adeh..

hanya doa terus saya pinta..

moga-moga diberi pilihan yang terbaik oleh Allah s.w.t..

kalo itu yang terbaik buat saya..saya sedia dan terima segalanya..


Saturday, 8 August 2009

Mama Ubi dan Jagung

Ketika saya dan suami saya masih stay kat Mansoura..kami suka la kuar jalan petang-petang..amik angin la katakan..

nak jadi cite pada musim sejuk dulu ade sorang mama nih..jual ubi bakar..ape orang putih panggil.sweet potatoes yer..memang best..sekilo LE 3 geneh jerk..

mama nih jual dekat Syari’ Syabbanah ‘inda Syari’ Madhrob..ehehe..

Kami suka sangat la lalu ikut mama jual ubi nih..turun teksi, naik teksi pon kek situ la..

jadi xsemena-mena berkenalan la ngan mama ubi nih..

nama die Ummu Said..ntah gelaran ke ape..

nak cite nye kat sini..mama nih punye la nak cari duit sanggup jual ubi bakat kat tepi jalan..

diorang xkisah jerk..asalkan dapat la sikit-sikit keuntungan nak sara keluarga..

Tup-tup..time peralihan musim..nak masuk musim panas..mama nih ghaib..kalot gak saya tanya suami saya..mana pegi ye mama nih.rindu gak seposen..eheh..

suami saya balas balik..musim ubi dah abis kot..sebab tuh mama tuh xda..

Tapi suatu hari tuh..suddenly mama tuh muncul balik..tapi bukan dengan ubi bakarnya..dengan jagung plak..adeh..

sampai la ni kami xpenah merasa jagungnyer..mula-mula jumpa mama nih..saya salam ngan die..cam rindu sangat ngan saya..eheh..perasan..die tanya saya pegi mana lama xnampak..saya kata ade je pon..dok umah jer..ehe..

Satu hari tuh..saya pulang dari umah seorang sahabat saya dekat ngan Hayyu Syarq..punya la laju jalan..yela 15 minit lagi nak maghrib..ehehe…

dalam kalot-kalot tuh bleh lagi borak2 ngan mama nih..siap tanya saya lagi..xda nunu lagi ker??..yakni eih??..xda baby lagi ker..alamak..tersengih saya dalam niqob..huhuhu..

Insya Allah gai mama..heheh..doakan saya ye mama..jadi macam mama gak..huhu..teringin gak nk try jagung mama nih..tapi xsempat sebab kami dah pindah ke Qaherah..sedey..dah xbley jumpa mama nih lagi..

tapi xpelah mama ubi..kenangan denganmu xakan ku lupakan..huhu..

konpem mama ubi suke nih..kalo tahu cite die masuk blog saya..eheheh…


p/s : terserlah pengorbanan seorang ibu..



Thursday, 6 August 2009

Ta'aruf AJKT dan HEWI KPKM 2009/2010

~Place : Rumah Kelantan baru (RKB), Hayyu 7, Cairo, Misr

~Time : 8 p.m.

~my hubby turut dicalonkan sebagai calon AJKT 2009/2010

~adegan yang me'maloo'kan..adehh..sogan eden..apelah..

~nervous yuk..camner nak jadi pimpinan nih?..hayya..

~lagi..malas nak tuliss..hohoho..sendiri ingat la..heh



Debaran Kian Terasa

Dari hari ke hari saya masih menunggu natijah imtihan bagi tahun akhir saya di Mesir nih..

entah mengapa berdebar-debar diri ini..

ramai dari sahabat-sahabat saya sudah mengetahui natijah mereka..

mabruk saya ucapkan bagi mereka yang telah berjaya..bagi mereka yang mungkin tidak ada rezeki lagi untuk tahun ini..saya ucapkan juga mabruk..

sekurang-kurangnya kalian telah berusaha untuk menjadi yang terbaik..pujuk diri sendiri sebenarnye nih…

Entahla kenapa?..bile ingatkan pasal natijah ajer..timbul rasa seram sejuk jer..eee takut sungguh..lambat pulak natijah nih nak keluar..lagi la berdebar-debar rasanyer..

moga kejayaan menjadi milik saya..apepon saya redha dengan ape jua keputusan..semua itu dari Allah s.w.t..doakan saya ya untuk menjadi seorang yang kuat dan tabah..

moga-moga kejayaan saya ini dapat menggembirakan hati inspirasi saya..ummi dan abah..hanya kejayaan inilah yang mampu saya hadiahkan buat mereka yang selalu memberi dorongan dan semangat buat saya dan sebagai membalas jasa mereka yang tak terhitung..

mekasih ummi abah…sayunyer..sob sob..

Buat semangatku..penyeriku..inspirasi terbaruku..suamiku yang tersayang..

Insya Allah I’ll always besides u..wut ever u do..susah senang sama-sama harungi..

moga kebahagiaan milik kita bersama..cewah!!


Eyes like a sunrise..like a rainfall down my soul…

I’m gonna take diz moment..and make it last forever..

I’m gonna give my heart away..and pray we’ll stay together..cause you’re the good reason ..

you’re the only that I need..


p/s : my dear hubby..sabar yer..kan sabar e2 indah..


Wednesday, 5 August 2009

Madam

Saya sering ditanya oleh sahabat-sahabat..ape perasaan bile dh berstatus madam?..saya jawab bahagia..ada orang di sisi..

yela gitu jelah kalo tanya mana-mana pasangan yang berkahwin pon..yer idak??..kalo ad jawapan lain..idak tahu la saya..

Tanya plak sorang akak nih..apa perubahan yang saya rasa lepas kawen??..senyap saya seketika..perubahan??..asenye xderk perubahan..sebab saya sebelum kawen dan selepas kawen tetap maintain..tetap control ayu..heheh..

cume status je yang berubah..from single to married..huhuh..

Tiba-tiba plak si Fatin (a.k.a mantan ketua syukbahku) mencelah..Kak Dee lepas kawen xberubah pon..besa jerk..hehehe..

itu yang saya suke..kalo berubah pon mungkin more matured..sbb dh jadi isteri orang..so..banyak tanggungjawabnye..heheh..

Yeah..i’m whut I am..be myself..stay da same..ehehe..

p/s : kepingan sangat nak berubah jadi status yang satu nih..eih??..biarlah rahsia..eheeh..


Sahabatku Itu

Lain macam jer entry kali nih..saje jerk..nak cite tentang sahabat sorang nih..selalu sangat muncul dan menjelma dalam mimpi saya..mimpi jer kot..

someone who always in my dreams..hehe xpelah nk buek camno kan??.dah nk masuk dalam mimpi…rindu saya ker??..ehe..ke saya rindu die?..eh xderklah wei..tapi xper..welcome to my dreams..heh heh..

but I rili miss dat moment..kenangan yang lalu..ehehehe..

Kata seorang ustaz tuh..mimpi nih mainan tido..xleh percaya sangat..dari syaitan gamaknyer..

apepon xambil pot sangat pon ngan mimpi2 nih..but I wonder??..hehehe

p/s : I have a dream..but juzz a dream..


Cucur Udang

Panggilan telefon daripada seorang akak menyebabkan saya tefikir-fikir untuk menjadi ‘share tender’ pada hari Bazaria Hewi Pmram yang diadakan pada 28-30 Ogos 2009 lalu..

yang mana pada Bazaria Siswa sebelum nih saya hanya menjadi pelanggan yang setia..juzz order makanan, makan n balik umah..ehehe..sampai demam-demam disebabkan bazar..makan macam-macam kot..ehe..

pada mulanya ingin menolak disebabkan kekurangan modal..tapi akhirnya terima jugaklah kerana kekurangan orang..

Kami mencadangkan 4 menu untuk dijual pada bazaria tersebut..

nasi kerabu, sup perut, kepak ayam bermadu dan cucur udang (menu yang paling banyak mengundang kontroversi)..ahaha..

alhamdulillah..menu kami digemari ramai sampai tidak menang tangan dibuatnye (betul ker?)..

Banyak-banyak menu yang kami sediakan..kami banyak menerima kritikan menu cucur udang..

salah satu komen yang kami dapat..(mane udangnye..kata cucur udang..xbaik menipu..Nabi marah menipu)..hahaha..tergelak sakan saya mendengarnyer..

jawap plak seorang sahabat saya nih..jadi kalo cucur badak ada badak la dalam tuh yer..huhuhu..

Pada hari pertama bazaria..kami menukar nama cucur udang kepada cucur sayur..kurang mendapat sambutan disebabkan namanye yang kurang menarik..jadi tukar balik kepada cucur udang..heheh..macam-macam..

saya ikut boss jer..boss kata cucur udang..cucur udanglah saya..eheheh..xdeknye cucur sayur..

Walaupun keuntungan tidak seberapa..penat..letih..tapi keseronokan berniaga itu tetap ada..

Insya Allah..ada peluang kita berjumpa di bazaria yang lain plak..

p/s : letih maaa..


Tuesday, 4 August 2009

Qaherah oh Qaherah

Alhamdulillah..
hampir sebulan lebih saya berhijrah dan menetap di bumi Qaherah..
terasa rindu akan bumi Mansoura..ye la tempat jatuh lagi dikenang..
teringat kat mama ubi..mesti tertanya-tanya ke mana saya menghilang..hehe..

apepon terasa sedikit kepenatan melalui kehidupan di Qaherah..xbiasa la tu kot..hehe..cuaca yang agak panas menyebabkan saya sering kepenatan dan cepat diserang sakit kepala..sabo je la yer..ujian Allah semua tu..

Program kat sini cukup banyak..bermula pada awal pagi..kelas tafaqu fiddin (walaupon sering ponteng)..hehe..dan disambung plak pada sebelah malamnya..dengan program itu dan ini menjadikan saya orang yang sibuk..walaupun xsesibuk mana..buat-buat sibuk ler..tapi sekurang-kurangnya dapat jugak ilmu yang berguna..yer idak??..

Moga-moga diri ini terus istiqomah dalam mencari ilmu yang bermanfaat..


Sunday, 2 August 2009

Akhirnya

Alhamdulillah...

akhirnya..wujud jugak blog nih..

walaupon terpaksa ber'fighting' dengan si Ijat poyos and cewi...

apepon..terima kasih ya Jat..tolong kak D..kalo tak derk ko..xwujud ler blog nih..huhuhu..kembang la tuh..hampeshh

sebenarnya..angan-angan untuk mewujudkan blog timbul pada bulan Ogos (kebosanan yang melanda cuti ary tuh)..jadi sebab itulah saya abadikan kenangan 2 Ogos 2009 as my new post date..
walaupon blog nih di'create'kan pada layar skrin laptopku pada 14 Oktober 2009..

makin berbelit-belit ayat saya..buat-buat paham la yuk..okeshh..kritikan dan komen dari sume amat dialu-alukan..okesh..jom terjah!!check it out..

p/s : saya budak baru belajar..kalo salah tolog ler tunjukkan... :)